Thursday, December 10, 2009

Entahlah

Salam,….

Masa ni,.. penulis memaksa diri untuk menulis sesuatu di ruang buah fikiran ni. Tak tahu bila lagi saya akan berupaya menulis..

Penulisan blog ni sememangnya membawa bnyak kebaikan kpd penulis khususnya untuk melatih tahan lontaran idea dan juga kepada pembaca,. Amnya.. insyaallah… mesti pasti akan memulakan penulisan…


Wednesday, September 23, 2009

K U N D A S A N G


KUNDASANG

S

empena raya ni.. 22/9/09

Sempat juga melawat Tugu Peringatan Perang Kundasang…

Memeng bes sebab cantik sangat kat situ,..

First penulis pegi Mesilau,.. pastue pegi lohan,.. melawat sanak saudara kat residensi Ranau yg sangat memikat HATI…













susa nak crita tmpat nie... unles u go by yourself.. its too argh,.. hahah

Lepaz beraya balik,…. Kenyang gilaksz



Tuesday, September 15, 2009

How to Love

How to Love



Love is a strange thing. It can be the most amazing feeling in the world, or it can really hurt, but in the end love is something most, if not all of us, will face. While there are many different ways to define love and there are many different ways to love someone (even yourself), here is a general guide to loving.

Steps

  1. Say it. When you say the words "I Love You", they should carry with them the desire to show someone that you love them, not what you simply want to feel. When you say it make sure you really mean it and are willing to do anything for that special person.
  2. Empathize. Put yourself in someone else's shoes. Rather than impose your own expectations or attempt to control them, try to understand how they feel, where they come from, and who they are. Realize how they could also love you back just as well.
  3. Love unconditionally. If you cannot love another person without attaching stipulations, then it is not love at all, but deep-seated opportunism (one who makes the most of an advantage, often unmindful of others). If your interest is not in the other person as such, but rather in how that person can enhance your experience of life, then it is not unconditional. If you have no intention of improving that person’s life, or allowing that person to be themselves and accepting them as they are, and not who you want them to be, then you are not striving to love them unconditionally.
  4. Expect nothing in return. That doesn't mean you should allow someone to mistreat or undervalue you. It means that giving love does not guarantee receiving love. Try loving just for the sake of love. Realize that someone may have a different way of showing his or her love for you; do not expect to be loved back in exactly the same way.
  5. Realize it can be lost. If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love. Don't make an idol of the person you love. This will place them under undue pressure and will likely result in you losing them.

Learn to LOVE


Learn to LOVE

Working together with someone that you don’t like makes you feel sick. But you can’t take that excuse to ‘sick’ and hate forever. No matter how, try to understand him/her, take care of him/her, you shall even learn to love him/her, this is a challenge!

If you need to take up a job that far beyond your expectation, try to get used to it and love it. You may learn something new from it, and even enjoy the learning process, that’s the challenge too!

While you have to stay in unpleasant working environment, try to handle it with passion and love. Please not to get influenced by the low esteem, try to motivate yourself, take control of it, and even change the environment (revolution?). It’s another big challenge indeed!

Believe me, to love is not that easy, not to mention you have to love someone and something that you don’t like! But, love is beautiful! I remember the great said:

Love is patient, love is kind.
It does not envy.
Love is never boastful, nor conceited, nor rude;
It is not self-seeking, nor easily angered.
It keeps no record of wrongdoing.
It does not delight in evil,
But rejoices in the truth.
It always protects, trusts, hopes, and preserves.
There is nothing love cannot face;
There is no limit to its faith, hope, and endurance.
In a word, there are three things that last forever:
Faith, hope, and love;
But the greatest of them all is love.

Time to stop asking who loves you! Share your love and everybody will love you too. Let us not love with words or tongue but with actions. Always remember, love bears all things, believes all things, hopes all things, and endures all things. Love never ends. Love makes the world a better place! :P

H E L A N G ~ cerpen perintis penulisan aku....




Salam... besempena dengan keja yang tersangat berlambak minggu lalu,.. Terhasil juga Cerpen perintis di dalam dunia penulisan penulis,..


emm... selamat membaca,.. maaf panjang sikit,.. maka tersebut lah alkisah,...


H E L A N G

L

angkah yang memijak di bumi yang nyata ini seolah-olah dapat merasakan perbezaannya. Tanah yang dia lihat di belakangnya itu seolah-olah menahan dirinya yang ingin mencari erti hidup yang sebenar daripada pergi meninggalkan keluarga tercinta. Ia penuh dengan haruman kemewahan yang penuh dengan kedustaan. Pada langit yang kesedihan di waktu senja menjadi bukti kepada semangat yang membara dalam jiwa merentasi sempadan kemewahan meninggalkan segalanya.

Kini dia hanyalah seorang insan biasa yang bernama Suyama. Fitnah yang telah dilemparkan keatas dirinya menyebabkan dia merasakan gelaran putera selama ini tidak memberikan apa-apa makna kepada dirinya. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan keatas dirinya yang akhirnya menghakis kepercayaan rakyat terhadapnya. Keadaan Sailendra ketika itu sangat huru hara lantaran keadaan maharaja yang jatuh gering. Hati kecilnya menangis kesedihan melihat kepada keadaan pembesar-pembesar Sailendra yang seakan-akan tidak lagi boleh melihat lagi kepada kebenaran. Dengan hanya disebabkan oleh harta kekayaan dan pangkat, mereka akhirnya tewas dan tunduk kepada segala kata putus yang dibuat oleh bendahara raja yang menjadi dalang kepada semua permasalahan di kota kemakmuran Sailendra itu. Keharmonian sejagat yang diperoleh sebelum ini hanyalah menjadi suatu kenangan apabila segalanya musnah dek penindasan yang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini. Kota kemakmuran Sailendra kini bertukar kepada kota kehancuran Sailendra. Namun Suyama percaya akan hikmah yang menanti disebalik hukuman yang menyebabkannya dibuang negeri.

* * * * * * *

Dengan tangan dan kaki yang diikat Suyama yang sudah tiga hari disimpan di bilik tahanan bahtera itu menahan kesakitan kerana kelaparan. Gara nama gelaran yang diberikan oleh salah satu kapal perang Sailendra itu belayar dengan angin yang kuat menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Tempat buangan yang akan melenyapkan kedaulatan Putera Suyama seperti apa yang diidam-idamkan oleh Odra untuk merampas tahta kerajaan Sailendra. Bendahara itu mengambil kesempatan untuk manaiki tahkta semasa kamangkatan maharaja yang juga disebabkan oleh muslihatnya.

Racun berbisa si bunga cendana,

Pantang dipetik si bunga gelap,

Memikat di hati hidangan diraja,

Harum diracun sedia disantap.


Nasib yang sama menimpa adiknya Sulaiman, yang juga telah dirancang pembunuhannya. Adiknya telah dirancang untuk keluar memantau tanah jajahan Sailendra. Namun sebaik sahaja kemangkatan Maharaja Sailendra, Sulaiman telah dibunuh semasa ingin pulang ke Kota Sailendra. Nasib baik kepada sahabat baik Sulaiman yang selamat melarikan diri. Toya yang pada masa itu lambat sampai ke palabuhan berasa bersalah apabila melihat Putera sulaiman dan pembesar yang lain bergelimpangan dan berlumuran darah.

* * * * * * *

“daratan kelihatan!,daratan kelihatan!” jeritan daripada salah seorang pemandu arah kapal itu menyedarkan Suyama dari tidurnya di kamar yang kecil itu.

Suyama menyedari bahawa jeritan itu menandakan bahawa dia sudah sampai di tempat buangannya. Suyama kelihatan pucat kerana tidak mendapat makanan yang secukupnya. Untung nasib badan kerana dengan sisa makanan yang telah diberikan kepadanya mampu membuatkannya bertahan meneruskan hidup untuk hari yang ke-40 diatas kapal yang pernah dihadiahkan oleh ayahandanya sempena hari keputeraannya yang ke 15, dengan harapan agar suatu hari nanti dia akan berdiri dengan megahnya di atas kapal itu untuk mengetuai ketenteraan Sailendra membawa keharmonian sejagat. Namun segalanya kini hanyalah tinggal sebagai sebagai kenangan.

Suyama yang telah ditinggalkan di suatu pulau yang amat asing baginya. Dia berjalan tanpa arah tuju meninggalkan perahu yang dikayuh dari kapal induk itu tadi dengan sedikit bekalan yang diberikan kepadanya. Suyama berasa amat terkilan kerana dia tidak diberitahu oleh anak kapal itu di manakah dia berada. Orda nampaknya benar-benar telah berjaya mempengaruhi semua orang di Sailendra. Pembuangannya ke pulau itu seakan-akan meminta dirinya untuk terus lenyap tanpa berita.

Jauh meninggalkan perahunya, dia berjalan, berehat melapaskan kepenatan dan menyambung semula perjalanan di tepi pantai yang nampaknya masih tidak membuahkan hasil. Keadaan sekeliling pulau sungguh senyap dan tenang dengan pukulan ombak di tepian pantai yang kadangkala membasahi kakinya dan juga kicauan si Burung Camar yang berlegar-legar di sekitar tempat itu. Tidak kelihatan kelibat sesiapapun yang menghuni pulau itu. setelah lama berjalan, kelihatan matahari sudah semakin jatuh ke ufuk timur dan Suyama mengambil keputusan untuk masuk meredah semak untuk menuju ketengah hutan dengan harapan untuk mencari alir sungai untuk mendapatkan bekalan air disamping untuk mengesan kelibat manusia di pulau itu.

Nampaknya ilmu hidup di hutan yang dipelajari daripada ayahandanya amat berguna kepadanya kerana kini dia bersendirian untuk pergi entah kemana. Hanya bintag di langit sahajalah yang sudi menemainya sebagai petunjuk arah di balik kegelapan malam. Masih segar di ingatannya di waktu dia mengikuti ayahandanya pergi berburu pada waktu malam, dia telah tersesat apabila ayahandanya sengaja meninggalkannya. Namun dengan kepintarannya, Suyama mampu menjejaki rombongan memburu itu semula berpandukan jejak yang telah ditinggalkan. Itulah kali pertama dia mula mendedahkan dirinya dengan acara lasak bersama-sama dengan adiknya Sulaiman.

Setelah berjam-jam dia merempuh belukar yang tebal itu, akhirnya dia mula masuk ke dalam perut hutan tersebut. Dia meneruskan langkahnya dengan teliti kemas dan berhati-hati kerana keadaan pada masa itu sungguh gelap dan dengan kayu api yang disimpan olehnya semasa di belukar tadi, dia meneruskan perjalanannya dengan bertemankan bara api. Semasa perjalanan,adakalanya suyama terserempak dengan serangga-serangga berbisa, ular dan binatang-binatang aneh. Dia meneruskan perjalanannya dengan bara api yang sudah menjadi kayu berbara. kayu bara yang hanya mampu bercahaya tanpa berapi itu dia tunjukkan kea rah lantai hutan. Sudah jauh dia berjalan namun tidak juga dia menjumpai anak sungai. Bekalan air yang dibawanya itu semakin sedikit namun dia tidak terlalu dahaga memandangkan udara hutan yang lembab dan basah. Hujan yang telah menyirami hutan belantara itu menyebabkan keadaan keadaan lantai hutan menjadi basah dan ini menyukarkannya untuk berehat seketika untuk memasang ungun api dan memanaskan badan. Setelah jauh berjalan, Suyama kini berasa kehairanan apabila dia menyedari bahawa dia sedang berjalan diatas sebuah jalan kecil. Jauh di dalam hatinya, dia bersyukur kerana denai di lantai hutan itu mungkin akan membawanya ke mana-mana penempatan. Dia percaya bahawa dia akan selamat. Namun terlintas juga dari buah fikirnya jika denai itu terhasil daripada pergerakan sekelompok binatang liar yang suka berpindah randah. Dia terus berjalan mengikuti denai yang agak luas itu dengan membiarkan persoalan itu tadi terus bermain difikirannya.

Dia tetap memberanikan diri dan meyakinkan setiap langkahnya mengikuti denai tersebut sehingga dia terdengar sesuatu. Pada mulanya, bunyi menakutkan yang didengari olehnya seakan-akan seperti hentakkan dan demtuman pada tanah, dan ia seakan akan seperti suatu pergerakan yang pantas. Apa yang terlintas di fikirannya ialah sekelompok binatang besar seperti seladang yang akan melintasi hutan tersebut. Maka Suyama lantas keluar dari denai itu dan mengambil keputusan untuk berjalan di belukar. Dia risau akan keselamatannya. Dia berjalan perlahan dan senyap namun tidak ada satupun kelibat binatang yang melalui denai itu. Anehnya bunyi itu tadi semakin kuat dan kini seperti deruan angin dan hujan yang kuat dan lebat. Dia berlari anak menuju kearah bunyi itu tadi dan akhirnya dia hampir terjatuh di hujung jalan dan dengan memandang ke hadapan, Suyama seolah-olah bermimpi. Dia berasa sangat terpegun dengan apa yang dilihatnya.

Seluas mata yang memandang, dia yang telah berada di tengah-tengah hutan tebal itu dapat melihat jauh ke hujung pulau sememangnya terpegun dengan alam ciptaan tuhan yang maha esa. Seluruh pelosok pulau itu disirami dengan cahaya bulan purnama. Kegelisahan yang mencengkam dirinya itu tadi pudar oleh haruman udara yang segar dan membebaskan. Cahaya bulan yang terang itu juga membolehkannya melihat sekawan burung yang masih berlegar-legar di udara. Bayang-bayang bulan juga jelas kelihatan di atas permukaan sungai yang tenang mengalir terus kearah laut dan di kanannya tersergam indah sebuah air terjun yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Suyama sempat berpegang pada dahanan kayu semasa dia hampir jatuh ke tasik air terjun itu tadi.

Suyama menuruni curam di tebing air terjun itu dan berehat di satu kawasan lapang berumput berdekatan dengan air terjun tersebut. Udara malam yang nyaman, siulan angin di celahan rimba dan gemersik bunyi unggas rimba mewujudkan satu sentuhan ruang yang cukup tenang jauh di dasar sudut hatinya. Sedang Suyama sedang melayan ketenangannya dan berbaring di atas rumput yang lembut itu, hujan pun mula menitis turun dan akhirnya menjadi bertambah lebat. Suyama bergegas berlari kearah semak di celahan rimbunan pokok-pokok untuk berlindung daripada hujan. Dia meraba lantai hutan itu untuk mencari dan mengumpul dahan-dahan pokok yang jatuh untuk dikumpulkan sebagai atap di atas batang pokok-pokok reneh di kawasan semak itu. Keadaan pada masa itu tersangatlah tidak menyenangkan baginya. Unggun api yang cuba dinyalakan olehnya sejak tadi tampaknya tidak membuahkan hasil kerana tanah di lantai hutan itu menjadi semakin lembab dan becak disebabkan hujan yang lebat. Ada tikanya seekor lipan hitam setebal ibu jari kakinya sempat juga melalui celahan kakinya yang sudah pucat kendur terkena dengan air dalam masa yang lama. Dia menahan nafas ketika binatang yang diyakininya lipan gergasi itu melalui kakinya yang sudah tidak bermaya kepenatan itu.

Tiba-tiba dia terlihat akan satu kelibat cahaya yang suram di suatu sudut kawasan rimba itu. Kawasan itu mengeluarkan cahaya yang ada tikanya hilang buat seketika. Kini ia bercahaya lagi dan ini membuatkan Suyama terdetik untuk menggerakkan kakinya pergi kearah cahaya yang suram itu. Dari jauh ia kelihatan seperti satu pelita yang hampir bulat bentuknya dan dia meneruskan langkahnya yang kadangkala perlahan dan pantas. Semakin lama berjalan, cahaya yang jauh seakan-akan pelita itu tadi kelihatan sudah hampir. Pada mulanya dia menyangka bahawa cahaya itu ialah pelita kerana ia seakan-akan dibawa oleh seseorang dan ia sememangnya bergerak seolah-olah mencari sesuatu. Namun sangkaannya itu salah dan harapannya untuk berjumpa dengan kelibat manusia lain di pulau misteri itu punah kerana cahaya yang samar-samar itu tadi rupa-rupanya berpunca dari sebuah gua yang terletak agak jauh dari kawasan tanah tinggi air terjun tersebut. Dirinya yang kesejukan sejak tadi berjalan dengan lemahnya kearah haba api dari gua itu. Dia duduk memanaskan serta mengeringkan diri. Kini dia bertambah binggung dan hairan terhadap gua itu.


“kalau api itu tadi berjalan, bermakna gua inipun berjalan.. dan siapakah yang memasang bara api di gua ini ?” soalan demi soalan bermain di mindanya setelah melihat bara api yang disangkutkan secara rapi di dinding-dinding gua itu.


Ia disusun secara rapi menuju kearah dalam gua itu sehingga yang lain tidak lagi di kawasan selekoh ke kiri di dalam gua itu. Suyama juga menyedari tidak semua penyangkut bara dinyalakan namun sudah cukup selesa panasnya untuk membuatkannya terlena seketika.


Suyama mula sedar dan membuka matanya. Kawasan hutan yang gelap pada malam tadi kelihatan semakin cerah dengan langit yang biru muda kelihatan di luar gua. Hujan yang lebat malam tadi kelihatan sudah reda dan embun menitis satu demi satu dari dedaun tumbuhan di gigi gua tersebut. Keadaan di dalam gua itu masih suram dengan bara api yang masih menyala dan ia menjadi pelik apabila seluruh kawasan gua tersebut telahpun dinyalakan dengan bara api. Suyama seterusnya tertarik untuk masuk lebih dalam lagi ke dalam gua apabila terlihat akan sesuatu yang bergerak-gerak seakan-akan sedang menghendap di selekoh gua itu. suyama bergerak pantas untuk mengejar objek tersebut namun perjalanannya di dalam perut gua nampaknya semakin dalam sehinggalah dia sampai di suatu tempat yang sangat gelap dan dari kawasan inilah dia telah berjaya menyelamatkan diri masuk ke suatu dimensi dunia yang jauh berbeza estetik peradabannya dengan Kota Sailendra.


Apabila dia keluar dari lubang di bawah sebuah pokok Ara yang besar, dia berasa hairan sekali lagi apabila melihat akan suatu tempat yang begitu bersih dan tersusun dan akhirnya semasa perjalanannya meneroka tempat itu, dia telah berjumpa dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua yang memiliki kereta keldai itu membawanya pulang kerumahnya dan berjumpa dengan isterinya Mima. Semasa kepulangan Daba, Mima wanita yang berusia hampir enam puluh tahun itu gembira dengan kepulangan lelaki setengah abad bersama dengan Suyama. Kedatangan Suyama sememangnya sudahpun diketahui lebih awal lagi oleh Mima. Pasangan suami isteri tua yang belum berkesempatan untuk dikurniakan cahaya mata ini amat gembira dengan kehadiran Suyama ke dalam rumah bahagia mereka yang terletak berhampiran dengan sebatang sungai yang mengalir dari pergunungan Surabaya dan tidak jauh dari pusat Kota Ayangan.


Setiap hari yang dilaluinya bersama dengan ayah dan ibu angkatnya pada masa itu menyebabkan dia benar-benar telah merasakan bahawa dia berpunya di kota itu. Setiap pagi, Daba akan bersama dengan dua ekor keldainya itu untuk menjual hasil tani yang telah dituai, Mima akan pergi ke kebun sementara Suyama pula akan menolong Mima memetik buah-buahan dari dusun yang terletak berhampiran dengan rumah yang berbentuk seakan-akan sebuah pokok yang besar itu. Suyama juga akan menolong mereka mengutip kayu api dari kawasan hutan berhampiranm pada waktu petang.

* * * * * * *

Semakin lama dia berada di Kota Ayangan, semakin banyak benda aneh yang membawa kebingunggan kepadanya. Sehinggalah suatu pagi, dia melihat bunga-bunga yang telah ditanam oleh Mima mengembang dan mengeluarkan bunga emas. Dia yang duduk di tepi tingkap, baru selesai sarapan, menikmati keindahan sungai, pergi keluar untuk mendapatkan bunga itu dan dia terkejut kerana Bunga Emas yang dipetiknya bertukar kembali menjadi bunga biasa. Dia pun membawa bunga itu tadi dan berjumpa dengan Mima. Mima hanya ketawa kecil dan berkata


“ sudah sampai masanya untuk kamu mengetahui hal sebenar..” Suyama tergamam terasa bagaikan mimpi berada di kota bunian itu.


semenjak hari itu, banyak cerita yang berkaitan dengan latar belakang dan sejarah Kota Ayangan diceritakan satu persatu kepadanya dan ia amat manakjubkannya termasuklah kerumitan kewujudan Sikra, gua misteri pulau itu serta Bunga Emas yang digunakan sebagai mata wang di dalam negara tersembunyi itu.


Hanya cincin diraja sahajalah yang tinggal kenangan di dalam memorinya sebagai seorang pewaris takhta Kerajaan Sailendra. Cincin Perwira Emas yang tersarung di jarinya itu dibawanya kemana-mana sahaja sebagai pelindung seperti yang telah dikatakan oleh pendeta istana sewaktu dia kecil dahulu. Cincin yang telah direka khas untuknya setelah dia lahir itu disebabkan oleh tilikan pendeta yang mengatakan bahawa Suyama Andriandi akan mengalami satu perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan halangan. Jauh di sudut hatinya terpaku semangatnya untuk ingin pulang ke kampung halamannya semula suatu ketika nanti. Baginya terbuang ke Pulau Tipu Mata yang pada awalnya dianggap sebagai satu musibah kini bertukar sebagai satu hembusan nafas hidup yang baharu dan segar baginya.

* * * * * * *

Suyama semakin hampir dan sebati dengan kehidupan dunia bunian yang penuh dengan kasih saying dan keluhuran budi perkerti tinggi itu. Sehinggalah sampai pada suatu hari, apabila dia mengikuti Daba menjual hasil tuaian mereka, dia telah temui sesuatu yang benar-benar mengisi satu ruang kosong dalam hidupnya. Seindah nama yang empunya diri, Bayu, puteri bunian Kota Ayangan mempunyai wajah yang manis lagi menawan. Si manis jelita itu juga mempunyai budi bahasa menawan bagaikan sakti hadir sebagai seorang yang istimewa di dalam hati Suyama, menghapuskan segala kegusaran yang ada. Setelah beberapa tahun cinta bersemi, Bayu yang rupa-rupanya puteri di Kota Ayangan itu menyerahkan segala yang ada di atas nama cinta untuk menjadikan Suyama sebagai pasangan hidupnya dan kini Suyama telah bergelar Maharaja di Kota Ayangan itu. Banyak memori indah yang telah terlakar dalam diari hidup mereka berdua sehinggalah segala-galanya musnah akibat kekalahan serangan tentera sihir Kuraga yang telah Berjaya meloloskan diri mereka melalui pintu gua Tipu Mata. Gua yang mempunyai pergerakannya yang tersendiri itu berkebolehan untuk berubah kedudukan dan menyembunyikan kedudukan sebenar pintu masuk ke Kota Ayangan. Ia juga berupaya menghidu mahkluk yang berada dalam kesusahan untuk diselamatkan. Gua tipu Mata ini dijaga oleh tikus tanah dan tikus itulah yang berkeupayaan untuk menyalakan bara api ajaib di dalam gua tersebut. Untung nasib makhluk yang memiliki hati yang baik sahaja akan dapat melihat gua itu. Namun semenjak kedatangan Suyama di Pulau Tipu Mata itu, Kuraga, yang juga musuh ketat kepada ayahanda Bayu, telah Berjaya mengesan pintu masuk iaitu gerbang ajaib menuju ke Kota Ayangan. Kesaktian gua Tipu Mata yang mampu mengelirukan sesiapa sahaja yang masuk melalui keupayaannya membuat banyak cabang berselirat namun ia terbatas setelah Berjaya dijumpai oleh ahli sihir itu.


Kedatangan busuk tanpa diundang Kuraga bersama dengan tentera ularnya ke Kota Ayangan menyebabkan dimensi kota bunian, Kota Ayangan musnah dan lenyap lalu menyebabkan kesemua penghuni disumpah bertukar menjadi sebahagian daripada benda-banda alam sekeliling seperti haiwan, seranga, tumbuhan dan batuan. Ia berlaku dalam sekelip mata. Ditepi air terjun, di tengah-tengah rimbunan kelompok pokok-pokok yang menghijau khazanah Pulau Tipu Mata itu, Bayu berdiri dengan tegaknya sebagai sebuah batang berdahan pokok putih yang tidak berdaun dan di hujung pokok itu Suyama bertenggek sebagai Helang emas terkilan dengan sumpahan yang telah diberikan oleh Kuraga. Tidak terdaya melakukan apa-apa tersumpah dalam ikatan cinta lagenda. Berkat Cincin Perwira Emas yang tersarung di jari teluntuk Putera Sailendra itu, dia bertuah kerana Kuraga terbatas untuk memberikan sumpahannya secara sempurna.


Disitulah cinta mereka berdua, Suyama dan Bayu disumpah menjadi sebatang pokok putih tidak berdaun dan seekor helang emas. Suyama yang boleh bertukar kembali menjadi manusia pada waktu malam hanya boleh mendengar rintihan-rintihan rimba sumpahan yang terpenjara dalam Mantera Kuraga. Setiap malam jugalah dia mendengar tangisan isterinya yang tercinta, Bayu si pokok putih, bersedih akan nasib yang menimpa kaumnya. Pada malam menyambut hari ulang tahun mereka yang keempat Suyama masih ingat kenangan pahit itu. Sejurus sahaja lafaz terakhir sumpahan Kuraga, semuanya menjadi senyap meninggalkan Suyama keseorangan apabila tersedar di awal pagi bertenggek di atas sebuah pokok sumpahan. Kuraga terus menghilangkan diri meninggalkan tanda tanya setelah motifnya tercapai. Kini hanya semangat rimba sahajalah yang membakar semangatnya untuk mencari jawapan kepada semua itu.


Setelah penat berjalan pada waktu malam, Suyama terus nekad, di mana-mana bumi yang dipijak, perjalanannya akan tetap disambung dengan terbang merentasi lautan tika sang suria menemaninya pada waktu siang. Perjalanannya untuk mencari penawar kepada sumpahannya itu membawanya kepada banyak malapetaka. Megahnya Suyama meluncur di udara, begitulah semangat kental yang dimliki olehnya. Dia menjadikan suara-suara alam seperti siulan angin malam sebagai panduan perjalannya. Ada suatu ketika apabila dia hampir terbunuh setelah cuba dipanah oleh pemburu di sebuah hutan.


Dengan kesaktian yang ada, terbanglah dia sepantas kilat merentasi benua dan telah banyak kehidupan yang telah dilihat olehnya. Daripada cerita keriangan sehinggalah kepada cerita hidup manusia yang bergelumang dengan air mata kesusahan dan kesedihan. Semuanya bermakna bagi Suyama untuk dijadikan pedoman buat dirinya pada masa muka. Begitulah rutin hariannya, terus mengembara mencari penawar kepada sumpahan tersebut. Namun tidak ada satupun tabib yang mampu menarik balik sumpahan yang ada dan yang lebih teruk lagi, semua yang telah dijumpanya mengatakan bahawa sumpahan Kuraga ke atas kaum bunian itu tidak boleh diubah lagi. Mereka hanya boleh menjelma dalam mimpi, atau pada waktu malam sebagai semangat. Suyama berat hati mendengar akan jawapan yang menghampakan itu.


Dengarlah matahariku,

Suara tagisanku,

Ku bersedih kerana panah,

Cinta menusuk jantungku..

Ucapkan matahariku,

Puisi tentang hidupku,

Tentangku yang tak mampu,

Menaklukkan waktu..


Deruan angin selembut sapaan bayu menyanyikan irama matahariku dan melemaskan Helang Emas itu memikirkan tentang nasib badan. Di dalam pikirannya pada masa itu cumalah tinggal pendeta diraja Sailendra. Itulah satu-satunya cara terakhir untuk keluar daripada masalahnya. Pada awalnya, pernah juga dia bernekad untuk tidak akan menjejakkan kaki lagi ke Kota Sailendra setelah kehidupan bahagianya bersama Bayu. Namun hati kecilnya terbisik untuk pulang ke kota kelahirannya.


Dia percaya bahawa Nang Wiri boleh mengubah sesuatu dalam hidupnya maka Helang Emas itupun berpatah balik singgah sebentar di pangkuan Bayu sebelum pergi ke Kota Sailendra. Pada malam itu, dia menjejak tanah lalu bertukar menjadi manusia. Melihat kilauan titisan permata yang jatuh membasahi pipi Bayu, Suyama berlari mendapatkan Bayu lalu memeluknya dengan erat.


Dari kejauhan kedengaran irama lagu Bersama Bintang. Di kawasan berumput itulah mereka duduk bersama-sama mengimbau memori bahagia bersama. Sebelum fajar terbit, sempat juga Bayu memesan Suyama agar melupakannya apabila sampai di Kota Sailendra kerana Bayu merasakan bahawa ia adalah masa terakhir mereka dapat bersama.

Senja kini berganti malam,

Menutup hati yang lelah,

Tidurlah selamat malam,

Lupakan saja aku,

Mimpilah dalam tidurmu,

Bersama bintang..


Terbitnya fajar pada waktu pagi itu menggesa Helang Emas itu pergi meninggalkan batang kayu putih besar itu menuju ke Kota Kelahirannya, Kota Sailendra. Setibanya dia di ruang udara Sailendra, hanya kekusaman sahaja yang dilihat di sana sini. Seolah-olah tidak ada lagi suria yang menyinari Kota agung itu. Dia melalui kawasan tanaman yang tidak menjadi lalu dengan kesaktiannya yang ada, semua tumbuhan yang terdapat di sepanjang jalannya kembali hidup mekar dengan hembusan angin emas kesaktian yang mengekorinya. Dari jauh dia melihat Gara, kapal perang hadiah ayahandanya suatu ketika dahulu, masih gah berlabuh di tepi istana dan keadaan sekeliling Sailendra nampaknya menunggu kedatangan pewaris takhta sebenar kota itu.


Awan yang melingkari Istana Sailendra, bunga-bungaan yang mekar harum terkena panahan cahaya senja yang menyinar kuat di sebalik istana itu. Namun setiba sahaja Helang Emas itu di gerbang istana, Odra dengan bantuan ahli sihirnya menghidupkan semua ukiran batu yang berada di sekeliling istana untuk menentang dan menghalang kedatangan Suyama dari masuk ke istana. Patung batu pelindung istana itu membuka gerak wira cuba menangkap Helang Emas itu. Dengan kesaktian yang ada hembusan angin emas yang melindunginya kesemua patung-patung tersebut pecah.


Semua rakyat melihat pertempuran itu dengan harapan kemenangan berpihak kepada Helang Emas itu. mereka percaya pada tilikan yang telah dibuat oleh Nang Wiri suatu masa dahulu. Penilik diraja itu dipenjara kerana membuat kenyataan bahawa Putera Suyama Andriadi akan kembali pulang membawa keharmonian kepada Kota Sailendra. Sebaik sahaja Helang Emas sakti itu Berjaya mengalahkan patung batu pelindung istana itu, semua orang bersorak gembira. Mereka berpusu-pusu menuju ke arah istana untuk menangkap Odra, pemimpin kejam itu untuk memberikan hukuman yang setimpal ke atas kesengsaraan yang telah diberikan kepada rakyat di Kota Sailendra. Semua tahanan yang tidak bersalah di Kota itu terbebas dari tempat kurungan sumpahan.


Sebaik sahaja Helang Emas itu mencecah lantai, Suyama kembali muncul menjelma seperti biasa. Dia lantas mendapatkan ibunya yang tidak bermaya baru bebas dari tahanan. Suyama menitiskan air mata kegembiraan kerana dapat melihat semula senyuman yang terukir di wajah bondanya itu. Nang Wiri yang juga baru bebas dari tahanan meluru kearah Suyama yang sudah dianggap cucu itu dan selepas sahaja Suyama dimahkotakan, segala sumpahan pada dirinya hilang. Semenjak hari itu, dia memulakan rutinnya hidupnya semula sebagai ahli keluarga diraja. Hari-hari indah kembali mekar dalam diari hidup Suyama.

* * * * * * *


Kegemilangan Kota Sailendra mula terpacu di bawah pemerintahan Maharaja Suyama Andriadi. Namun masih tetap ada kekosongan yang berlegar di jiwa Suyama. Dia sentiasa teringat akan Bayu yang telah terpisah dengannya diakibatkan sumpahan. Sehinggalah satu masa ketika Suyama dan para pembesar sedang berada di atas bahtera perang Gara menunggu kedatangan pemerintah dan pembesar dari Kota Asytar, cinta yang telah lama tertinggal jauh bersama kenangan indahnya bersama bayu berputik semula setelah melihat Ratu Asytar anggun berdaulat mempunyai rupa paras dan susuk tubuh dihiasi dengan budi bahasa manis sama keseluruhannya dengan Bayu. Maka kelopak cintapun mula mekar kembali berhiaskan semerbak haruman kasih-sayang berlayar di atas samudera percintaan yang agung abadi sebagai lagenda Si Helang Emas dan Pokok Putih.




Friday, September 4, 2009

Momentoz of the year

pesta lepa2 semporna...




Lawatan Ladang Koko
Proud to be malaysian!




penari Tarian Zapin Tidong
Penat,... lepazz latihan menari dan Menyanyi,...




Kagum 2009 JoHOR..




kalau party suma suka saja,..


cigu penyayang huhu,...


Komplex IPGM

jom lepak2


ada muka cigu ka? em buli lah kan,...

1st day formal interaction, IPGM kampus Tawau...
Noraffiana , Norfazillah , Norsyahirah Wasriep
chewa,.. full name bah!! haha
My Top 3 World Super Model

say Cheese!
Mohd. Hafizan Wasriep , Mohd. Fadzly Wasriep

Argg!! rindu nak balik rumah,......
Home sweet home
love u all

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails