Kesabaran di
Mesin CDM
Soalan: Adakah anda seorang yang pandai
bersabar? Ramai antara kita mungkin suka dan pandai bersabar dalam menghadapi
satu-satu hal. Mungkin juga tidak. Banyak situasi yang menguji kesabaran
kita. Boleh juga diibaratkan ‘sabar’ itu
seperti sedang beratur panjang dan menunggu giliran untuk menyelesaikan urusan
di mesin CDM dan dalam pada masa yang sama memerhati orang yang sedang berurusan di mesin tu tekan butang-butang
nombor satu persatu. Dari jauh melihat
aksi menekan butang nombor “slow motion” dan orang belakangnya mula
marah-marah. Sampai giliran orang belakang
tu, dia tekan satu dua butang dan terus keluar sambil cakap “bodoh punya mesin”. Mungkin dia tidak jadi buat pembayaran. Sampai giliran saya, rupa-rupanya mesin tu
memang perlu tekan satu persatu. Terpaksa
kasi gigih juga jari ni siapkan payment sebab sudah berbaris panjang sejak
tadi. Terima kasih mesin, kerana menguji
kesabaran kami pada hari ini. Sekian.