Friday, June 11, 2010

E M A S



E M A SThe new era begins


10 negara terbaik di dunia. Itulah yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa hari yang lalu. 195 negara di dunia ni, dan kita terletak dalam senarai 10 negara terbaik (Laporan daya saing dunia). Banyak perkara dan pertumbuhan yang dibincangkan dalam artikel-artikel yang berkaitan dengan penulisan ini [tertumpu kepada ekonomi]. Apapun Malaysia sememangnya dikagumi oleh banyak pemimpim dunia kerana sering kali berjaya keluar, mencari jalan panas kepada mana-mana masalah ekonomi dunia. Prestasi luar biasa Malaysia baru-baru ini yang dilihat agak mustahil untuk dilakukan dalam masa yang singkat [1,2 thn dalam tempoh kemelesetan ekonomi mutakhir dunia] sememangnya sudah terbukti sejak tampuk kepimpinan Tun Dr. Mahathir [kemelesetan ekonomi yang mula berlaku di Malaysia bermula julai 1997]. Sedikit sedutan tentang perkembangan Malaysia.


Namun apa yang menarik ialah tentang bagaimana isu modal insan dikaitkan dengan hal ini.


“aspek utama yang menjadi tumpuan dalam Laporan Daya Saing Dunia itu ialah keupayaan Malaysia menjana sumber modal insan yang berkualiti dan modal insan yang mampu menjana pendapatan yang lebih baik berdasarkan kepada usaha yang lebih kreatif dan inovatif serta kreatif.”


Dan jika bercakap mengenai modal insan, pendidikanlah yang bukan lagi selalunya tapi semestinya menjadi titik tolak dalam hal ini. “Pendidikan” bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihuraikan dan difahamkan [hanya dgn tulis2 d sini] kerana ada baiknya jika kita sendiri yang melihatnya dengan pandangan masing-masingJ. Suatu cabang yang luas, dan apa yang dapat saya katakan ialah, pendidikan, sesuatu yang sentiasa berevolusi, mengikut corak dan ritma perubahan yang seiring dengan pemikiran manusia.



~Golden touch for the Future Life~



EMAS. Apa kaitan?


Ni, sbenarnya saya tertarik dengan 1 produk keluaran baharu oleh Proton. Proton Emas yang datang dengan 3 pilihan [ Emas, Emas 3, Emas country ]. Produk ni belum lagi di pasarkan di Malaysia dan mengikut sumber, Emas akan mula dipasarkan di Malaysia dalam tahun 2012. Emas, hasil kerjasama dengan Lotus Engineering dan ItaldesignGiugiaro[design dari Itali]. Buat kali pertama, EMAS[Eco Mobility Advance Solution] yang telah dilancarkan di Geneva oleh penasihat Proton,Tun Dr. M, sudah semestinya akan membuka satu dimensi baharu Proton ke pasaran global.


Gambar-gambarnya juga ada disini,. Penghargaan kepada fotografi..



















Tq :),

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails