Saturday, January 21, 2012

C E R M I N _kehidupan


Cermin Kehidupan


Salam,

Ok, sebelum bermula apa benda ni?



Ya.. pandai,. Mestilah cermin kn..

Berdiri depan cermin nampak apa?

Nampak diri kita la kan,.. apa lagi? Pusing kiri, pusing kanan,. Yup memang diri kita lah yang  terjelma tercegat kat depan cermin tu.

Apa kes yang menyebabkan kita tidak boleh lihat diri kita sendiri di cermin?

Jawapannya ialah,.. masa gelap gelita.. tiada sumber cahaya.. dan imej tidak boleh terbentuk... Konsep pantulan tu ingat!!! (bebelan guru sains hehe)

Okkkk,.. sesi merepek habis... huh

Usul  benda yang mahu dishare dalam post kali ni ialah tentang ingin berjumpa, terjumpa, menjumpai dan bertanya dengan seseorang insan, terutamanya insan yang terdekat seperti keluarga, rakan baik, cewek, cowok, teman istimewa tentang sesuatu...

Tentang apakah pandangan dan pendapat mereka tentang “Diri anda”... tentang siapakah sebenarnya saya, kamu, kita pada pandangan dan pengamatan mereka....

Kat bawah ni ialah senarai tentang siapakah saya di pandangan rakan taulan sekelas... (cebisan kenangan sewaktu membuat aktiviti di kelas )

click to enlarge
Prosedur aktiviti: (mcm buat amali sekolah pula)

  1. Pilih individu yang ingin disoal. cth: 16orng
  2. setiap individu akan mengkritik dengan menulis di ruangan yang disediakan lalu melipatkan jawapannya agar tidak mempengaruhi jawapan individu lain.
  3. 16 individu akan menghasilkan 16 lipatan
  4. buka setiap lipatan dan baca dengan terbuka, tenang dan positif...




saya percaya ramai yang sudah pernah buat aktiviti ni, dan kepada yang belum pernah.. silalah cuba,.. untuk suka-suka.

benda ni kelihatan mudah dan lucu tapi aktiviti mcm ni sebenarnya memang berkesan untuk hal-hal "meluahkan" sesuatu.

"meluahkan sesuatu akan menjadi lebih mudah dengan bantuan kertas dan pena"
                                                                                                  -Anonymous-  

Hmmm.. benda baik, dan juga benda-benda yang perlu diperbaik ..

Mungkin masih ada lagi “cermin” yang masih kurang bersikap jujur,.. atas sebab menjaga hati.. its ok.. apapun nampaklah juga gambarannya... Terima kasih banyak sekali lagi!! J
Dari perspektif lain.. cermin dari rakan-rakan kita tidak lah sehebat cermin yang ada di rumah.. iaitu keluarga kita sendiri... adik, kakak, abang, kazen2.. dan sudah semestinya tepat.. iaitu Ibu bapa kita sendiri, yang sudah sebati dengan perangai kita sejak dari kecil lagi...
Sekian, sampai ketemu! J salam,



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails