Saturday, January 1, 2011

Jambatan Impian 2011


Jambatan Impian 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera;

Pagi yang menyegarkan di tahun yang baharu menjelang. Melihat suasana yang tenang di asrama yang sudah mula kelihatan penghuninya menerbitkan suatu perasaan ternanti-nanti apakah pula coretan-coretan yang bakal di warnai pada tahun ini.

Maka seperti kebiasaan di tiap pagi hari, terbacalah saya petikan-petikan berita online. Apa yang menarik perhatian saya untuk menulis ialah tentang berita jambatan terpanjang di dunia. Jambatan Qingdao, China. 41.5 km dan bakal menghubungkan Bandar-bandar shangdong, timur china serta daerah huangdao. Pembinaan yang bermula sejak 2006 mangambil masa empat tahun dan sudah sebenarnya siap isnin lalu. Tidak dapat dibayangkan apakah lonjakan ekonomi yang bakal di lakukan oleh China setelah berjaya menggabungkan antara bandar raya utamanya, saya terfikir apakah jambatan yang sedang dan akan saya buat di sepanjang hidup saya terutamanya untuk lembaran baharu 2011.





Seperti jambatan Qingdao, saya yakin, walaupun untuk jangka masa lama yang diambil bagi usaha-usaha kita mewujudkan “jambatan” dengan apa jua hal sekali pun, kesabaran itu penting. Kesabaran untuk berhadapan dengan apa jua bentuk ujian daripada-Nya. Bagi jambatan Qingdao yang memberikan impian kepada tempat yang berhubung dengannya, begitulah juga jambatan-jambatan yang saya harapkan untuk semua impian saya bersatu dan tercapai. Insyaalllah semua yang terbaik untuk kita semua, Amin.


video jambatan tu kat youtube[broadband lambat btulll.. dari pg try upload tp x dapat juga].... ble la link ke http://www.youtube.com/watch?v=7atTt7sxNlA

k, thanks for reading

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails