Monday, December 6, 2010

Hanyalah Sebuah MIMPI

Alangkah baiknya jika semua ini hanya lah sebuah mimpi..

Seolah-olah terperangkap di suatu tempat yang tidak diketahui, dengan mata yang ditutup hilang arah di tengah laluan. Walaupun “mimpi” merupakan mainan tidur semata-mata, namun mungkin juga ada masa-masa tertentu, episode-episod mimpi tertentu yang kita seolah-olah ‘macam betul hidup di dalam cerita’ pada malam tersebut. Ada yang sampai terbawa-bawa tangisan semasa bermimpi apabila tersedar. Paling tidak pun perasaan yang Down apabila terjaga.
Tapi untuk malam ni, ‘ceritanya’ berbeza sedikit, apabila saya sedar yang saya sedang ingin menghadiri orientasi pengambilan pelajar MRSM edisi khas melanjutkan pelajaran 2011. Banyak perkara termasuklah yang pelik berlaku sepanjang mimpi tersebut, dari cerita kasut, bilik, kelas,.. yang menyebabkan saya berasa begitu penat sekali. Sehinggalah saya bercerita dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, roommate baru di bilik saya dulu SF115, bercerita banyak perkara.. lupa suda nama dia.. tp dia memang pencerita yang baik… sampai lah masa saya mula bertanya banyak perkara, dan sedar mengapa saya berada di sana, sedangkan saya sedang menghabiskan ijazah pendidikan saya yang sudah separuh jalan.
Disini mulalah perasaan tidak selesa. “ tempat saya bukan disini, saya kena balik, bye-bye roommate ku!” saya teringat yang saya belum lagi bayar yuran pengajian khas dan saya mulalah bergegas untuk ‘Keluar’,.. mula kemas semula barang, dan berhasrat untuk membatalkan tawaran ini. Sambil berjalan menuju ke public phone tiada pula hp saya yang cantik tu disini, terpacul hasrat dari mulut “ alangkah bagusnya kalau ini semua mimpi…”. Belum sempat untuk membuat panggilan, saya sudah berada di suatu tempat lagi… hanya berdiri.. melihat gelagat semua orang.. sehinggalah saya sedar, bangun dari tidur.
Alhamdulillah, terpikir juga kalau memang saya tidak lagi di IPG… sia-sia 3 tahun.
Teringat yang hari ni maal hijrah, memang mimpi khas edisi maal hijrah untuk malam semalam. J  
Apapun tafsiran sendiri berkenaan dengan mimpi ini, salam hijrah untuk semua dan semua yang lebih baik untuk masa hadapan, Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails