Thursday, March 3, 2011

S E T I A _faithful~



Setia?

Bila sampai kepada soalan bonus… adakah anda setia? Soalan itu seolah-olah.. kamu ni orang baik kah? Dan persoalannya.. adakah orang yang di dunia ni yang mengaku dia tu baik kalau dia tu benar-benar baik. Dalam erti kata lain seolah-olah dia memang tahu yang dia tu benar-benar baik? Kenyataan mudah saya, walau macam mana baik pun seseorang tu dia tidak akan mengaku yang dia tu baik. Contohnya: “percayalah saya ni baik orang nya” “jadilah kawan rapat saya” boleh kita bayangkan jika dialog ini terpacul dari mana-mana individu? Agak janggal malah geli telinga ini mendengar…  samalah juga seperti: “yah,! Saya sangat setia orangnya” “tolonglah terima saya sebagai kekasihmu”… ehh#?=*

Adakah anda setia? Mungkin merupakan soalan yang cukup mudah untuk dijawab oleh seseorang yang selalunya sukar untuk mengotakan ‘janji’ dan hanya pandai berkata-kata. Dari sudut lain, ada juga yang lebih selesa menunggu mendengar jawapan “YA” untuk kepastian. Namun bukankah lebih baik jika kita dapat mencabar “ingin tahu” kita itu dengan pemerhatian. Don’t ask but Observe.

Persepsi serta pandangan yang berbeza untuk maksud SETIA itu. Jawapan “YA” bagi soalan adakah ko anda setia itu tidak dapat dinafikan keberanian dan keyakinan seseorang individu itu menjawab. Namun persoalan yang timbul, kenapa perlu ada sengketa (break, its over, putus, SELINGKUH??) semasa mengikat janji dan kepercayaan? Di mana “YA” itu? Jom cari? Kat bawah meja kot? Cuba try test tengo.
See the ‘actions’ which can helps you make the decision.


::Mungkin saya masih lagi kurang pengalaman, namun ini pendapat jujur daripada saya tetang isu ini. Mungkin anda ada pendapat berbeza?
  
Thanks for reading J

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails