Saturday, July 11, 2009

Peta Hidup

Alhamdullillah,. syukur ke hadrat yang maha Esa,. kerana pada kesempatan ini, hari ini, waktu ini dan detik ini,.. dapat juga saya meluangkan masa saya untuk memulakan langkah pertama untuk belajar untuk membiasakan diri saya ini dalm penulisan blog. Subhanallah,.. Allah yang maha sempurna sahajalah yang maha mengetahui semua hikmah di sebalik ketentuannya,.. pada malam ini,saya berasa sangat bertuah untuk mendengar ceramah sempena Peristiwa Isra' Mi'raj, peristiwa yang berkisarkan cerita daripada kalam Allah S.W.T memperjalankan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. dalam 1 malam untuk bertemu dengan-Nya. Sememangnya hebat... saya sangat tertarik dengan penyampaian ceramah ataupun istilah yang lebih mesra lagi sesi perkongsian ilmu yang berlangsung kira2 dalam 1 jam itu. Perkongsian ilmu itu sangat berbeza dengan perkongsian ilmu yang pernah saya ikuti sebelum ini,.. ia benar2 membuatkan saya berfikir sesuatu,.. iaitu iaitu arah tuju masyarakat islam pada masa sekarang... kepentingan ilmu pengetahuan... dan bercerita tentang ilmu pengetahuan ni, GURU yang juga digelar al-Mu'allim , al-Mudarri, al-Murabbi, al-Muaddib dan al-Mursyid dalam istilah islam ini sepatutnya malah wajib mempunyai ilmu yang tersangat luas dari pelbagai aspek.
Guru mengajar sesuatu yang lebih daripada yang zahir di mata kasar iaitu mengajar sesuatu yang batin yakni dalaman,... guru membentuk hati... guru membentuk pemikiran,... guru adalah permulaan bagi sesuatu bangsa 'manusia' untuk berkembang... seperti mana ilmu itu menerbitkan sesebuah tamadun.
saya berasa kagum dengan ppenceramah yang hadir semalam,.. sebanyak 500 buku telah beliau baca. Malah beliau mengatakan lagi beliau sepatutnya membaca lebih daripada 1000 buku pada usia dan taraf hidup nya sekarang,.. masyaallah banyaknya!,.. saya sendiripun amat AMAT terkejut,.. dan hal ini sangat merefleks kan diri saya sendiri,. bahawa betapa sedikitnya buku yang saya telah baca,.. ilmu Allah itu jika ditulis berdakwatkan lautan di muka bumi ini,. tidak akan habis,.. namun itu lah yang saya katakan ,.. yang saya amat beruntung kerana menjadi salah seirang yang terpilih untuk mendengar ceramah yang sangat bermakna itu,... saya menunggu untuk berkesempatan banyak kali lagi untuk sesi2 emas yang serupa,.. insyallah,.. moga2 ceramah itu akan sedikit sebanyak menjadi penggerak dalam hidup saya untuk menjadi seorang guru yang benar2 GURU,... insyaallah,..

di bawah ini ada sedikit ilmu yang penulis sempat baca dari beberapa sumber,


Menyingkap Beberapa Rahsia Di Sebalik Peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

E-mail
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Thursday, 31 July 2008

kubah-2.jpg“Atap rumahku dibuka, saat itu aku berada di Mekah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air Zam Zam. Kemudian didatangkan sebuah bekas yang dibuat daripada emas, yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup.”

Demikianlah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 349. Peristiwa di atas berlaku pada malam Isra’ dan Mi’raj, seketika sebelum baginda menaiki Buraq untuk meluncur sekelip mata dari Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Timbul persoalan, mengapakah perlu dicuci hati Rasulullah sebelum di-Isra’ dan di-Mi’raj? Ini adalah satu daripada beberapa rahsia yang boleh disingkap dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Peristiwa agung ini, yang berlaku sebelum baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, memiliki banyak pengajaran dan iktibar yang bermanfaat bagi sesiapa yang ingin merenunginya. Dalam penulisan ini, insya-Allah saya akan menyingkap beberapa rahsia yang sama-sama dapat kita jadikan pelajaran dan iktibar.

Kembali kepada peristiwa pencucian hati Rasulullah, salah satu rahsia terpenting yang dapat kita pelajari adalah kelayakan yang perlu dimiliki oleh hati sebelum ia dapat meraih keistimewaan yang bakal Allah berikan kepada tuan empunya. Hanya hati yang bersih layak untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah ketika Isra’ (surah al-Isra’, ayat 1) serta keindahan apa yang berada di atas langit dunia dan syurga ketika Mi’raj (surah al-Najm, ayat 13-18).

Manakala hati yang kotor, yang dicemari dengan kuman kedengkian, buruk sangka, dendam, angkuh, ujub, riya’ dan sebagainya, tidak layak untuk semua keistimewaan di atas. Maka dengan itu sesiapa yang menginginkan keistimewaan daripada Allah, hendaklah dia terlebih dahulu memerhatikan keadaan hatinya.

Menyentuh berkenaan kebersihan hati, peristiwa pencucian hati Rasulullah melalui pembukaan dada oleh Malaikat Jibrail merupakan satu mukjizat yang khusus kepada baginda. Adapun kita, maka tidak boleh ada satu bentuk pencucian seumpama itu. Pakej-pakej pencucian hati “sekali cuci bersih selamanya” yang ditawarkan oleh individu atau pihak tertentu adalah palsu belaka. Sebaliknya yang boleh dilakukan ialah usaha pendidikan, penyedaran, penerapan dan pembetulan yang dilakukan secara berulangan lagi berterusan oleh tuan empunya hati.
Menjadi Imam Di Masjid al-Aqsa.
Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah mendapati para Nabi dan Rasul sebelum baginda sedang bersolat di sana. Lantas baginda turut bersolat menjadi imam bagi para Nabi dan Rasul tersebut. [Shahih Muslim, hadis no: 172] Rahsia di sebalik ini disingkap oleh Syaikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi:

“Para Nabi solat di belakangnya (Muhammad). Hal ini merupakan pemberitahuan mengenai ciri universal risalah baginda, keabadian kepimpinannya, kepiawaian ajaran-ajarannya serta kesesuaiannya dalam pelbagai ruang dan waktu.

al_aqsa_mosque.jpg Peristiwa Isra’ telah terjadi dan telah mengisytihar bahawa Muhammad bukanlah dari kalangan para pemimpin atau para pemuka yang kemampuan dan perjuangan mereka tidak melampaui batas suku dan negeri. Bahawa Muhammad bukanlah sosok para pemimpin suatu komuniti yang hanya menyenangkan suku-suku yang melahirkan mereka dan lingkungan tempat asal mereka. Akan tetapi Muhammad berasal dari kalangan Nabi dan Rasul Allah yang membawa risalah langit ke bumi, membawa risalah Pencipta kepada yang dicipta, membahagiakan manusia dalam pelbagai suku dan golongan, dalam pelbagai masa dan generasi.” [al-Sirah al-Nabawiyah, ms. 162]

Setelah menjadi imam, Rasulullah di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa ke lapisan-lapisan langit. Di sini timbul satu persoalan, mengapa baginda di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa dan bukannya tempat lain, seumpama Masjid al-Haram? Rahsia pertama yang dapat ditangkap ialah bagi membuktikan kemuliaan Masjid al-Aqsa bagi umat Islam. Namun terdapat rahsia kedua yang dapat disingkap, iaitu sebagai sindiran kepada kaum-kaum sebelum itu yang titik paksi mereka ialah Masjid al-Aqsa.

Sama-sama diketahui bahawa bumi Palestin ialah tempat diutus beberapa Rasul dan Nabi sebelum Rasulullah. Akan tetapi umat setempat telah menentang ajaran yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi tersebut. Sudah menjadi ketetapan Allah bahawa sesiapa yang menentang ajaran-Nya dan ajaran Rasul-Nya, maka mereka akan dibalas dengan kehinaan. Maka dengan itulah mereka disindir dan dihina, di mana peristiwa Isra’ dan Mi’raj menjadi kebanggaan kepada umat Muhammad dan bukan kepada diri mereka.

Di sini kita wajib mengambil iktibar bahawa kemuliaan atau kehinaan sesuatu umat bergantung kepada ketaatan atau penentangan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Jika taat, hasilnya ialah kemuliaan. Jika tentang, akibatnya ialah kehinaan. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan.” [al-Mujadalah 58:05]

Dalam perjalanan Isra’ tersebut, Rasulullah bertembung dengan beberapa lelaki yang menggigit bara api di dalam mulut mereka. Baginda bertanya: “(Wahai Jibrail), siapakah mereka?” Jibrail menjawab: “Mereka itu ialah para khatib di dunia yang menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang mereka lupa akan diri mereka sendiri; padahal mereka semua membaca Kitab (al-Qur’an), tidakkah mereka berakal (untuk memikirkannya)?” [Musnad Ahmad, hadis no: 12211 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth. Ia merujuk kepada ayat 44 surah al-Baqarah]

Perkara di atas tidak hanya khusus kepada para khatib kerana dalam al-Qur’an Allah mengingatkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff 61:2-3]

Mi’raj Ke Langit.
Dalam hadis-hadis yang sahih diterangkan, setiap kali Rasulullah menaiki lapisan langit yang baru, baginda bertemu dengan seorang atau lebih Nabi. Perkataan pertama yang diucapkan ialah “Assalamu’alaikum!”. Sungguh, jika ini adalah ucapan antara sesama Nabi dan Rasul, maka sudah sepantasnya ia juga menjadi ucapan kita sesama umat Islam. Apatah lagi jika kita ingin melayakkan diri memasuki syurga, kerana Rasulullah telah mengingatkan: “Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan mengucap “Assalamu’alaikum”), nescaya kalian akan mewarisi syurga.” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 1466]

Lazimkanlah diri mengucap salam kerana ia adalah ucapan pertama yang ditujukan kepada kita setelah layak memasuki syurga nanti: “Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salamun ‘alaikum, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya.” [az-Zumar 39:73]

Ketika Mi’raj ke langit, Rasulullah menerima perintah pelaksanaan solat fardhu. Jika dibandingkan dengan ibadah yang lain seperti puasa, zakat dan haji, kesemuanya diperintahkan melalui wahyu ketika baginda berada di bumi. Hanya ibadah solat yang diperintahkan ketika baginda berada di langit. Ini sekali gus menunjukkan betapa istimewa lagi penting ibadah solat fardhu berbanding ibadah-ibadah yang lain.

Mengenai penerimaan perintah solat fardhu, Rasulullah menjelaskan: Maka Allah memfardhukan ke atas umatku lima puluh kali solat (dalam sehari). Akupun kembali dengan membawa kewajipan itu hingga akhirnya aku melintasi Nabi Musa, maka dia bertanya: “Apakah yang difardhukan oleh Allah kepada kamu untuk umatmu?” Aku (Rasulullah) menjawab: “Allah mewajibkan melaksanakan solat lima puluh kali sehari.” Nabi Musa berkata: “Kembalilah menghadap Tuhanmu (dan mintalah pengurangan) kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu (solat lima puluh kali sehari).” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 349]

Mendengar nasihat Nabi Musa itu, Rasulullah kembali menemui Allah beberapa kali sehingga akhirnya solat fardhu yang pada awalnya diperintahkan lima puluh kali sehari dikurangkan menjadi lima kali sehari sebagaimana yang kita lazim amalkan sekarang ini. Di sini terdapat satu rahsia yang berharga untuk disingkap, iaitu kesediaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar nasihat Nabi Musa ‘alaihis salam. Padahal tak sampai beberapa jam sebelum itu, baginda telah menjadi imam kepada Nabi Musa ketika mereka solat di Masjid al-Aqsa. Seandainya baginda bersikap angkuh sehingga enggan mendengar nasihat Nabi Musa, nescaya kita umat Islam dibebani dengan ibadah solat fardhu sebanyak lima puluh kali sehari.

Sikap kesediaan menerima nasihat, rendah diri untuk mendengarnya dan kelapangan jiwa untuk melaksanakannya merupakan ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya. Dengan sikap ini dia akan dapat membawa manfaat yang besar kepada dirinya dan orang-orang di bawah pimpinannya. Sebaliknya sikap angkuh, memilih “burung Kakak Tua” menjadi penasihat, tinggi diri (ujub) dan kesempitan jiwa hanya akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang-orang di bawah pimpinannya.

Ketika sedang di-Mi’raj, Rasulullah berjumpa dengan satu kaum yang mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku yang diperbuat dari tembaga. Rasulullah bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Jibrail?” Beliau menjawab: “Mereka adalah orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan maruah mereka (ketika di dunia dahulu).” [Musnad Ahmad, hadis no: 13340 dengan sanad yang dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth] Yang dimaksudkan dengan memakan daging manusia ialah orang yang gemar mengumpat (ghibah), sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [al-Hujurat 49:12]

Kembali Ke Mekah.
“Orang-orang Quraish bertanya kepadaku tentang perjalanan Isra’ku, mereka bertanya beberapa hal berkenaan Bait al-Maqdis (Masjid al-Aqsa). Maka aku merasa kesulitan yang belum pernah aku alami sebelumnya (kerana tidak ingat secara tepat ciri-ciri Bait al-Maqdis). Lalu Allah mengangkat bagiku (binaan Bait al-Maqdis) sehingga aku dapat melihatnya. Mereka (orang-orang Quraish) tidak bertanya kepadaku sesuatu (berkenaan Bait al-Maqdis) melainkan aku dapat menerangkannya.” [Shahih Muslim, hadis no: 172]

kabah-at-night1.jpgDemikian pengakuan Rasulullah sekembalinya dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Apabila diceritakan pengalaman beliau ketika Isra’ dan Mi’raj, ramai di kalangan orang kafir Kota Mekah yang meragui dan mengingkarinya. Lalu salah seorang di antara mereka yang pernah sampai ke Bait al-Maqdis dan melihat Masjid al-Aqsa ingin menguji sejauh mana kebenaran cerita Rasulullah. Dia bertanya secara terperinci akan ciri-ciri binaan Bait al-Maqdis.

Oleh kerana peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku agak cepat kepada Rasulullah, baginda mengalami kesukaran untuk mengingati secara tepat ciri-ciri binaan Biat al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa. Kesukaran ini segera dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang diterangkan oleh baginda dalam hadis di atas.

Dalam rangka kita memperjuangkan agama Islam, sama ada menyebarkannya atau membelanya, kadangkala kita akan menemui cabaran dan kesukaran. Janganlah berputus asa, tetapkanlah keyakinan bahawa Allah akan membantu kita dengan cara-cara yang tidak disangka-sangkakan. Allah berjanji: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [Muhammad 47:07] Tentu saja janji ini dengan syarat kita telah melakukan segala usaha dan persiapan yang patut kerana Allah juga telah mensyaratkan: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” [al-Ra’d 13:11]

Demikian beberapa rahsia yang sempat saya singkap dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tentu saja terdapat banyak rahsia lain yang dapat disingkap oleh sesiapa sahaja yang mahu menelusuri hadis-hadis berkenaan peristiwa tersebut. Hanya saja perlu diperhatikan satu syarat yang penting, iaitu pastikan hadis-hadis tersebut berdarjat sahih atau hasan. Ini kerana dalam bab ini terdapat banyak hadis yang lemah dan yang lebih parah kelemahannya.

Hikmah dari Isra' Mi'raj
Posted by: hendra on Saturday, October 04, 2003 - 08:48

Hudzaifah.org - Beberapa pekan yang lalu, kita melewati sebuah peristiwa sejarah yang sangat monumental. Momentum sejarah tersebut adalah peristiwa yang terjadi sekitar 14 abad Hijriyah yang lalu, yaitu peristiwa Isra' Mi'raj. Pada saat itu Nabi Muhammad SAW diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsha di Al-Quds, lalu dilanjutkan dengan menembus lapisan langit tertinggi sampai batas yang tidak dapat dijangkau oleh ilmu semua makhluq, malaikat, manusia, dan jin. Semua itu ditempuh dalam sehari semalam. Peristiwa itu sekaligus sebagai mukjizat mengagumkan yang diterima Rasulullah SAW.

Permintaan kaum kafir Quraisy kepada Nabi SAW

Sebenarnya, sebelum peristiwa itu terjadi, orang-orang kafir Quraisy pernah meminta kepada Rasulullah untuk menunjukkan hal-hal yang aneh, karena mereka tidak percaya kalau Muhammad SAW itu adalah nabi. Permintaan-permintaan itu mereka lontarkan untuk membuktikan bahwa dirinya benar-benar seorang Nabi. Hal ini direkam oleh Allah dalam Al Qur'an sebagai berikut:

"Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dari bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca". (QS. Bani Israil : 90 - 93)

Kalau kita jabarkan dari ayat di atas, mereka meminta hal-hal di bawah ini kepada Rasulullah:

  1. Mereka meminta untuk memancarkan mata air dari bumi.
  2. Mereka juga meminta sebuah kebun kurma dan anggur, dengan air mengalir di bawahnya. Padahal di sekitar situ sebagian besar padang pasir.
  3. Mereka meminta untuk menjatuhkan langit.
  4. Mereka juga meminta menghadirkan Allah beserta malaikat-malaikatnya untuk dihadapkan kepada mereka. Sungguh suatu permintaan yang lancang.
  5. Mereka juga meminta sebuah rumah dari emas.
  6. Yang terakhir, mereka meminta Nabi untuk naik ke langit tanpa membawa buku, lalu harus kembali dengan membawa sebuah buku (kitab) untuk mereka baca.

Permintaan mereka itu betul-betul "kebangetan". Tetapi Rasulullah SAW menjawabnya dengan bijaksana, "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?" (QS. Bani Israil: 93). Allah Yang Maha Suci tentu Maha Kuasa untuk melakukan semua itu, tetapi Rasulullah mengatakan bahwa dirinya hanyalah seorang manusia biasa yang diangkat menjadi seorang Rasul, sehingga tidak mungkin melakukan semua itu.

Kita bisa ambil pelajaran dari dari hal di atas. Mungkin sampai zaman kapan pun, kebenaran (baca: Islam) akan menghadapi hal-hal seperti itu. Orang yang membawa kebenaran akan selalu menghadapi permintaan-permintaan yang diluar kemampuan. Dan permintaan tersebut kebanyakan hanya sebagai "olok-olok". Karena, kalaupun kita bisa memenuhi permintaan itu, mereka kebanyakan tetap tidak akan mendengar Islam ini. Hanya sedikit yang mau mendengarnya. Sebagaimana halnya Rasulullah setelah mengalami peristiwa Isra' Mi'raj, tidak banyak yang mempercayai perjalanannya tersebut, bahkan ada yang mengatakan Nabi gila walaupun Nabi sudah memberikan bukti-bukti atas apa yang telah dia alami (Isra' Mi'raj).

Peringatan Isra' Mi'raj sebagai motivasi

Kalau kita baca sejarah kehidupan Rasulullah SAW (Sirah Nabawiyah), sebelum peristiwa itu terjadi, Rasulullah mengalami keadaan duka cita yang sangat mendalam. Beliau ditinggal oleh istrinya tercinta, Khadijah, yang setia menemani dan menghiburnya dikala orang lain masih mencemoohnya. Lalu beliau juga ditinggal oleh pamannya sendiri, Abu Thalib, yang (walaupun kafir) tetapi dia sangat melindungi aktivitas Nabi. Sehingga orang-orang kafir Quraisy semakin leluasa untuk melancarkan penyiksaannya kepada Nabi, sampai-sampai orang awam Quraisy pun berani melemparkan kotoran ke atas kepala Rasulullah SAW.

Dalam keadaan yang duka cita dan penuh dengan rintangan yang sangat berat itu, menambah perasaan Rasullah semakin berat dalam mengemban risalah Ilahi. Lalu Allah "menghibur" Nabi dengan memperjalankan beliau, sampai kepada langit dan menemui Allah. Hingga kini, peristiwa ini seringkali diperingati oleh sebagian besar kaum muslimin dalam peringatan Isra' Mi'raj. Pada dasarnya peringatan tersebut hanyalah untuk memotivasi dan penyemangat, bukan dalam rangka beribadah (ibadah dalam artian ibadah ritual khusus). Namun peringatan tersebut juga terdapat beberapa catatan. Apa saja itu? Mari kita ikuti beberapa hal di bawah ini.

Dalam Al Qur'an, dari sekian ribu ayat di dalamnya, hanya ada 4 ayat yang menjelaskan tentang Isra' Mi'raj, yaitu QS. Bani Israil ayat 1, dan QS. An Najm ayat 13 sampai 15. Maksudnya, kebesaran Islam itu bukan terletak pada peristiwa Isra' Mi'raj ini, tapi pada konsepnya, sistemnya, muatannya, dan sebagainya. Pada surat An Najm ayat 13-15 itu, menggambarkan bahwa Rasulullah menemui Jibril dalam bentuk aslinya di Sidratil Muntaha ketika Isra Mi'raj. Sebelumnya Rasulullah juga pernah menjumpai malaikat jibril dalam bentuk asli ketika menerima ayat pertama (QS. Al Alaq: 1-5) dari Allah SWT, yaitu ketika di gua Hira.

Dan di antara 25 nabi, hanya 2 Nabi yang yang pernah berbicara langsung kepada Allah, yaitu Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana dengan Nabi Adam, bukankah beliau juga pernah berdialog dengan Allah? Ya, tapi Nabi Adam ketika itu masih di Surga. Setelah diturunkan ke bumi, tidak lagi berdialog secara langsung. Nabi Musa berdialog dengan Allah secara langsung yaitu ketika di bukit Tursina (di bumi), sedangkan Nabi Muhammad di Sidratil Muntaha (di langit). Tetapi (sekali lagi), kebesaran Islam bukan di situ letaknya, namun di konsepnya, di muatannya. Oleh karena itulah, peristiwa Isra' Mi'raj sendiri tidak perlu secara berlebihan diangkat-angkat. Peristiwa itu sendiri merupakan mukjizat imani, maksudnya adalah mukjizat yang hanya bisa diterima apabila kita beriman.

Meskipun hanya Nabi Muhammad yang telah diperjalankan pada malam harinya (Isra' Mi'raj), tapi dia tetaplah manusia biasa, hamba Allah. Hal ini perlu ditegaskan, karena dua umat sebelum Islam (Yahudi dan Kristen), telah terjebak men-Tuhankan nabinya.

Mengapa Masjidil Aqsa?

Ada beberapa pertanyaan mengenai peristiwa Isra' Mi'raj. Salah satunya, mengapa dalam peristiwa itu Rasul diperjalankan ke Masjidil Aqsa? Kenapa tidak langsung saja ke langit? Paling tidak ada beberapa hal hikmahnya, antara lain:

  1. Bahwa Nabi Muhammad adalah satu-satunya Nabi dari golongan Ibrahim AS yang berasal dari Ismail AS, sedangkan Nabi lainnya adalah berasal dari Ishaq AS. Inilah yang menyebabkan Yahudi dan Kristen menolak Nabi Muhammad, karena mereka melihat asal usul keturunannya (nasab). Alasan mereka itu sangat tidak ilmiah, dan kalau memang benar, mereka berarti rasialis, karena melihat orang itu dari keturunannya. Hikmah lainnya adalah, bahwa Nabi Muhammad berda'wah di Makkah, sedangkan Nabi yang lain berda'wah di sekitar Palestina. Kalau dibiarkan saja, orang lain akan menuduh Muhammad SAW sebagai orang yang tidak ada hubungannya dengan "golongan" Ibrahim dan merupakan sempalan. Bagi kita sebagai muslim, tidaklah melihat orang itu dari asal usulnya, tapi dari ajarannya.

  2. Hikmah berikutnya adalah, Allah dengan segala ilmu-Nya mengetahui bahwa Masjidil Aqsa adalah akan menjadi sumber sengketa sepanjang zaman setelah itu. Mungkin Allah ingin menjadikan tempat ini sebagai "pembangkit" ruhul jihad kaum muslimin. Kadangkala, kalau tiada lawan itu semangat jihad kaum muslimin "melemah" karena terlena, dan dengan adanya sengketa tersebut, semangat jihad kaum muslimin terus terjaga dan terbina.

  3. Berikutnya, Allah ingin memperlihatkan sebagian tanda-tanda kebesaran-Nya kepada Nabi SAW. Pada Al Qur'an surat An Najm ayat 12, terdapat kata "Yaro" dalam bahasa Arab yang artinya "menyaksikan langsung". Berbeda dengan kata "Syahida", yang berarti menyaksikan tapi tidak musti secara langsung. Allah memperlihatkan sebagian tanda-tanda kebesaran-Nya itu secara langsung, karena pada saat itu da'wah Nabi sedang pada masa sulit, penuh duka cita. Oleh karena itulah pada peristiwa tersebut Nabi Muhammad juga dipertemukan dengan Nabi-nabi sebelumnya, agar Muhammad SAW juga bisa melihat bahwa Nabi yang sebelumnya pun mengalami masa-masa sulit, sehingga Nabi SAW bertambah motivasi dan semangatnya. Hal ini juga merupakan pelajaran bagi kita yang mengaku sebagai da'i, bahwa dalam kesulitan da'wah itu bukan berarti Allah tidak mendengar.

Perintah Shalat

Pada Isra' Mi'raj, Allah memberikan perintah sholat wajib. Dan sholat Subuh adalah sholat yang pertama kali diperintahkan. Karena peristiwa Isra' Mi'raj sendiri terjadi pada saat malam hari. Subuhnya Rasulullah sudah tiba kembali di tempat semula. Mungkin ini juga hikmah bagi kita semua, karena sholat Subuh adalah sholat yang sulit untuk di laksanakan, di mana pada saat itu banyak manusia yang masih terlelap dalam tidurnya. Sebelum diperintahkannya sholat wajib 5 waktu ini, Rasulullah melaksanakan sholat sebagaimana Nabi Ibrahim.

Kita tidak hanya diperintahkan untuk mengerjakan sholat, tetapi juga menegakkan sholat. Sholat bukan segala-galanya, tapi segala-galanya berawal dari sholat, demikian kata seorang ustadz.

Demikianlah beberapa pelajaran yang bisa kita ambil dari peristiwa Isra' Mi'raj. Semoga semakin menambah keimanan kita kepada Allah, kitab-Nya, Nabi-nabi-Nya, para malaikat-Nya, Hari Akhir, serta Qadha dan Qadar-Nya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails