Sunday, September 11, 2016

Salam Aidil Adha

وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ جَعَلۡنَا مَنسَكًا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ ۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ وَٲحِدٌ فَلَهُ ۥۤ أَسۡلِمُواْ ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ
(Al-Haj, 34)
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami
syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
Quran Melayu- https://play.google.com/store/apps/details?id=com.QuranReading.quranmelayu
Sentiasa bersyukur, berterima kasih atas nikmat kurniaan yang diberi, insyaAllah lebih banyak kurniaan menanti. Amin.

Jom Sambung Belajar

Diploma, Ijazah, Master, Phd
Walau apapun, di mana pun peringkat pembelajaran kita. Hakikatnya, pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat. Belajar untuk jadi lebih baik dan dapat apa?
1. Ilmu yang baharu.
2. Pengalaman dan kenangan.
3. Hutang. (pinjaman belajar-perlu minimakan k)
4. Jaringan kenalan.
5. Jaringan sumber ilmuan.
6. Pahala (dari ilmu yang bermanfaat untuk hari kemudian)
7. "Nama dan jawatan" (tidak dinafikan, tapi bukan semua orang)
8. Kepuasan kendiri (bergantung pada matlamat hidup individu)
Doa saya supaya kita dapat dipermudah ke peringkat yang seterusnya k. Amin,

Buat baik, di balas baik

Secara sedar atau tidak, banyak perkara kita sudah buat.  Ada yang kita ingat, ada yang hanya berlalu begitu sahaja. Ada pula satu situasi, yang mungkin pada masa itu kita sedang dalam kecemasan atau terburu-buru untuk hal-hal tertentu, pada masa itu juga lah ada kemudahan. Contoh: Dapat bonus, dapat idea, dapat berita gembira, kena belanja kawan, dapat banyak parking kereta, dapat jalan raya tidak sesak, dan dapat bermacam-macam hal yang tidak disangka-sangka.  Hal yang bagi keselesaan, ketenangan. Alhamdulillah, Benda ni saya selalu teringat, selalu pesan pada diri sebagai balasan yang dijanjikan. Setiap benda baik yang kita buat akan dibalas. Mari kita beri kegembiraan, kemudahan dan yang baik-baik pada orang lain.  InsyaAllah yang terbaik juga untuk kita.  Mungkin bukan sekarang, hari ini, esok atau lusa, tapi Pasti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails