Friday, March 25, 2011

“Two neighbors and their cars”




Two neighbors and their cars

T
here once were two men living next to each other. They loved to show off to one another what they had, and needless to say, they were also envious of one another. One day, the one neighbor bought s new car – a Ferrari. He pulled up the driveway at the very time his neighbor was there, with a Rolls Royce.

“nice car” said the Rolls Royce owner.

“thanks, it has got a phone. Do have phone in your Rolls?” asked the Ferrari owner.

The driver of Rolls Royce looked over and replied “yes, I have a phone”

The neighbor then continued, “say, do you have a refrigerator in there too? I’ve got a fridge in the back seat!

Getting annoyed, the Roll Royce owner said, “yes, I have a refrigerator.”

Then, the Ferrari owner continued, “that’s wonderful! What about television? Do you have a television in there, too? You know, I have a TV in the back seat”.

Now, the Rolls Royce owner was getting really annoyed. “ of course I have a television. This is Rolls Royce we are talking about.”

“oh yeah? I bet you did not have a bed, the Rolls Royce owner got into his car, went back straight to the dealership and ordered that a bed be installed in the back of the Rolls.

Then every early on next morning, the Rolls Royce owner, proud of his newly installed bed, woke up early and was all ready to boast about it to his neighbor. He knocked the front door, then rang the bell, but there was no answer. After sometime, he saw that the Ferrari windows were all fogged up from the inside. So, he went to the car and knocked on its windows. Eventually, the owner of the Ferrari stuck his head out, soaking wet.

Proudly, the Rolls Royce owner said, “I now have a bed at the back of my Rolls-Royce.”

The Ferrari owner looked at him in disbelieve and said, “ you got me out of the shower for that?

LIOS-ZABRINA



Thursday, March 10, 2011

SAINS dalam SOLAT?


Membongkar khasiat solat secara saintifik

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my






KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.





Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.


Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

Seminar sains dan solat peringkat kebangsaan

AMAT banyak ayat-ayat di dalam kitab suci al-Quran yang menyentuh mengenai perintah solat ke atas umat Islam.

Tanpa sedar, begitu banyak yang tersirat dalam ibadah yang menjadi tiang agama yang belum terungkap.

Justeru memandangkan ibadah solat mempunyai pelbagai rahsia di sebaliknya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) menganjurkan Seminar sains dan Solat peringkat kebangsaan 2009.

Seminar sehari yang akan diadakan pada 5 Ogos 2009 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu akan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam majlis berkenaan dua lagi buku projek biosolat hasil kajian sekumpulan saintis dari UM akan dilancarkan iaitu Pencegahan Penyakit Jantung daripada Perspektif Sains dan Holistik dan Senaman Regangan dan Pergerakan Solat.

Sebelum ini UM telah menerbitkan buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains.
Seramai lapan penceramah yang terdiri daripada ulamak, saintis dan pakar perubatan akan membentangkan kertas kerja masing-masing mengenai kelebihan solat dari segi sains dan agama.

Antara mereka yang akan menyampaikan kertas kerja adalah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof. Dr. Wan Azman bin Wan Ahmad dan Prof. Madya Dr. Anisah binti Ghani.
Pembaca yang berminat untuk menghadiri seminar berkenaan melayari laman web Jakim (www.islamgov.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Thursday, March 3, 2011

S E T I A _faithful~



Setia?

Bila sampai kepada soalan bonus… adakah anda setia? Soalan itu seolah-olah.. kamu ni orang baik kah? Dan persoalannya.. adakah orang yang di dunia ni yang mengaku dia tu baik kalau dia tu benar-benar baik. Dalam erti kata lain seolah-olah dia memang tahu yang dia tu benar-benar baik? Kenyataan mudah saya, walau macam mana baik pun seseorang tu dia tidak akan mengaku yang dia tu baik. Contohnya: “percayalah saya ni baik orang nya” “jadilah kawan rapat saya” boleh kita bayangkan jika dialog ini terpacul dari mana-mana individu? Agak janggal malah geli telinga ini mendengar…  samalah juga seperti: “yah,! Saya sangat setia orangnya” “tolonglah terima saya sebagai kekasihmu”… ehh#?=*

Adakah anda setia? Mungkin merupakan soalan yang cukup mudah untuk dijawab oleh seseorang yang selalunya sukar untuk mengotakan ‘janji’ dan hanya pandai berkata-kata. Dari sudut lain, ada juga yang lebih selesa menunggu mendengar jawapan “YA” untuk kepastian. Namun bukankah lebih baik jika kita dapat mencabar “ingin tahu” kita itu dengan pemerhatian. Don’t ask but Observe.

Persepsi serta pandangan yang berbeza untuk maksud SETIA itu. Jawapan “YA” bagi soalan adakah ko anda setia itu tidak dapat dinafikan keberanian dan keyakinan seseorang individu itu menjawab. Namun persoalan yang timbul, kenapa perlu ada sengketa (break, its over, putus, SELINGKUH??) semasa mengikat janji dan kepercayaan? Di mana “YA” itu? Jom cari? Kat bawah meja kot? Cuba try test tengo.
See the ‘actions’ which can helps you make the decision.


::Mungkin saya masih lagi kurang pengalaman, namun ini pendapat jujur daripada saya tetang isu ini. Mungkin anda ada pendapat berbeza?
  
Thanks for reading J

Saturday, February 19, 2011

REMPAH KARI ADABI??


Rempah kari adabi

Seperti biasa musim kenduri kembali. Cuti sekolah sememangnya padat dengan kenduri kendara ni. Jadi nak dijadikan cerita lah ni,.. satu ‘kisah’ yang terjadi di rumah kakak saudaraku. Jom layan~

Di suatu pagi yang sibuk untuk persiapan kenduri doa selamat di rumah kak “S”.
Kak s: salam,..hello? Mak masih di kedai?
Mak s: wsalam,.. ya, masih, kenapa? ada apa-apa barang lagi yang kurang?
Kak s: ya, ada kurang, rempah kari habis sudah ni, tolong belikan ya?
Mak s: bah, rempah kari yang apa namanya? Yang macam selalu ka? Berapa pek?
Kak s: tidak, kali ni kita pakai yang lain sikit, rempah kari adabi k, d milimewa pun ada tu.
Mak s: milimewa? Oh ok. Nant mak cari.
******
Petang semakin habis, dan mak s pun pulang dengan hampa dan kepenatan..

kak s: wah.. lama bettul ko’ shopingnya… berabisan bettul membelinya… ehh? rempahnya mana?
Mak s: pening… penat… habis minyak,.. satu pekan mak cari, sudah aku nanya semuanya dong(dialek jawa)… enda ada itu rempah kari yang ada “B”..
kak s : alamakkkkk~

Mw ketawa pun ada… kesian pun ada.. Mak s ni selalu masak pakai rempah asli dari pasar… jarang yang pakai rempah segera ni…. So…… memang tiada rempah Kari yang ada “B”
Adehhh…… @_@



Thursday, February 10, 2011

::::HELLO*

 

Ber SMS dengan seseorang itu,
Pernahkah anda diSMS oleh seseorang yang tidak diketahui makhluk asing? Atau dalam kata lain, “Insan misteri”… atau adakah beliau  SCAMS “secret admire”?.. kot? But who knows…


So apakah tindakan terhadap nombor baharu ini?

1.      Abaikan, pedulikan… biarkan dia ss berhenti sendiri..
2.      Cuba korek  Tanya identity dia…
3.      Bagi dia nombor orang lain for all their stupid questions untuk rujukan lanjut,
4.      cuba dail no tu di handphone orang lain…
5.      minta dia tolong berhenti… sebab sy x kenal KO!?
6.      Sms ja… siapa tahu itu jodoh… ada malaikat tolong kenalkan
7.      Sms ja… manusia juga tu.. knowing someone is good J
8.      ?

Macam-macam persepsi yang timbul bila banyak ada nombor-nombor yang  entah dari mana. Apapun untuk situasi ini, situasi-situasi lain juga,.. ber  “positif” adalah jalan yang terbaik… salah tekan nombor kot? Tapi kalau sudah lebih 3 kali salah tekan tu agak-agak la!






Tuesday, February 1, 2011

~ E m b u n P a g i ~



Each day for every battle to win

Each morning I, you, we woke up. Feel the surrounding. It is such a fresh feeling or perhaps a heavy head that still want to be on bed taking a little bit more time listening to the birds by the window. Shine through the edges of the curtains. Igniting smile while remembering such giggle anecdotes of dreams. Cold floor for the awakening feet to step on. Hearing somebody who was just passing my room. I am not alone. Praise to Allah for giving me another day to be here. Today.. I shall continue and try my very best shoot again. Momentous in yesterday, thousand of dreams for tomorrow, and everything come true today. Let all the good feelings blooming throughout the day, weeks, even years. So that colors in every path we made shall never fade away.





Saturday, January 22, 2011

Studio Kampung Saya



Assalamualaikum, salam sejahtera

Post kali ni berkenaan dengan “MStudio”. K, Mstudio ni kira macam studio rakaman persendirian saya tapi bukan macam yang ada kat kedai tu, sebab saya hanya perlu sebuah laptop, bilik untuk rakaman vocal dan beberapa jenis software untuk kerja-kerja editing. Simple kan? Almaklumlah studio ni bukan untuk tujuan komersial; Hanya untuk suka-suka sahaja. Sekadar untuk mengisi masa luang dan melayan salah satu hobi kegemaran saya iaitu menyanyi. Jadi berpandukan pengalaman yang sedikit ini, saya aplikasikan dalam setiap lagu rakaman semula Cover song saya. Ok, dengan harapan yang saya tidak akan merosakkan apa-apa lagu yang saya telah dirakam sekarang dan masa mendatang,,.. saya ucapkan terima kasih kerana sudi mendengar dan rakaman yang lain pula akan menyusul..kualiti x berapa ok.. so.. boleh juga didengar di sini, http://www.4shared.com/audio/KnTCQgEJ/M_Fadzly_-_Kesekian_kali.html TQ!,^.^





Thursday, January 6, 2011

A concern husband

A concerned husband

Image : motivationalsmartass.com

There was once a man who felt that his wife was having a bit of hearing problem. Trying to spare her feeling, he secretly decided to meet their family doctor for advice. The doctor suggested that the husband used the easiest and oldest technique to test his wife’s problem. That technique would be able to tell the doctor of how bad is the wife’s hearing loss.

“ you have to stand about 40 feet away from her and have a normal chit chat with her using your normal voice and tone. If she could not hear you, come closer to 30 feet. If she still couldn’t hear you, do it at 20 feet and continue until she hear you.”

“sounds easy,” said the man delightfully. So, later that day, when his wife was preparing dinner, he estimated his distance from his wife.

40 feet. Yup, this is about that, he whispered to himself. “what are we having for dinner, honey?” he asked, using the normal voice tone. She didn’t answer.

So, he come closer. 30 feet… he estimated carefully. Again, he asked, “what are we having for dinner, honey?” still no response.

Wow, this is bad he said to his himself while moving to 20 feet from the wife. Again there was no response.

He continued and become so close to her that he was just standing beside her when he asked, “honey, what’s for dinner?”

His wife turned to him and said,

“for goodness sake, for the seventh time my dear. I said it is CHICKEN!”

LIOS-Zabrina

Saturday, January 1, 2011

Jambatan Impian 2011


Jambatan Impian 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera;

Pagi yang menyegarkan di tahun yang baharu menjelang. Melihat suasana yang tenang di asrama yang sudah mula kelihatan penghuninya menerbitkan suatu perasaan ternanti-nanti apakah pula coretan-coretan yang bakal di warnai pada tahun ini.

Maka seperti kebiasaan di tiap pagi hari, terbacalah saya petikan-petikan berita online. Apa yang menarik perhatian saya untuk menulis ialah tentang berita jambatan terpanjang di dunia. Jambatan Qingdao, China. 41.5 km dan bakal menghubungkan Bandar-bandar shangdong, timur china serta daerah huangdao. Pembinaan yang bermula sejak 2006 mangambil masa empat tahun dan sudah sebenarnya siap isnin lalu. Tidak dapat dibayangkan apakah lonjakan ekonomi yang bakal di lakukan oleh China setelah berjaya menggabungkan antara bandar raya utamanya, saya terfikir apakah jambatan yang sedang dan akan saya buat di sepanjang hidup saya terutamanya untuk lembaran baharu 2011.





Seperti jambatan Qingdao, saya yakin, walaupun untuk jangka masa lama yang diambil bagi usaha-usaha kita mewujudkan “jambatan” dengan apa jua hal sekali pun, kesabaran itu penting. Kesabaran untuk berhadapan dengan apa jua bentuk ujian daripada-Nya. Bagi jambatan Qingdao yang memberikan impian kepada tempat yang berhubung dengannya, begitulah juga jambatan-jambatan yang saya harapkan untuk semua impian saya bersatu dan tercapai. Insyaalllah semua yang terbaik untuk kita semua, Amin.


video jambatan tu kat youtube[broadband lambat btulll.. dari pg try upload tp x dapat juga].... ble la link ke http://www.youtube.com/watch?v=7atTt7sxNlA

k, thanks for reading

Thursday, December 16, 2010

HANDPHONE LAMA

 Happy New Year
Perhaps this would be the last post of the year. I tend to post issues in a small quantity constantly in each month and hope so this will be maintained for the next time. Comparing to the others, I still need to learn more and collecting the good ones for the next coming post. All the best for 2011!!
__________________________________________________________________________________

Penghargaan ringkas – LE OLD HANDPNOHE

Post kali ini dibuat khas untuk 1 benda yang sudah berjuang bersama dengan saya iaitu handphone saya. Kalau nak cakap lama tu, tidak la lama mana pun; setakat ini cuma 3 tahun lebih sahaja. Tertulisnya post ini disini disebabkan kejadian tragis handphone saya berhambur jatuh dari kereta. Kelam kabut sangat lah kesnya ni; Entah macam mana kali ni teruk betul keadaan handpnone ni terjatuh. Hamper semua bahagiannya bercerai dan bersepah. Kena lagi ada yang termasuk di bawah kereta? Gawat dibuat nya. Jadi sebelum handphone ni betul-betul tidak dapat lagi berfungsi di masa hadapan, handphone ni mesti dirakamkan di sini;(kenangan handphone pertama lah katakan)

Dulu memang best ni hp,… tp sekarang… still nice just for me.kot



Biodata hp

Nama: SE k310i
Date bought: 27.7.07
Gambar x dapat upload,. Problem uploading pic. Ada setting sot. Sebagai gambaran, ia masih ok, keypad ‘clear’ sudah, battery ok,calar sikit2 tp masi berplastic… specification? Ini saja yang ada;

GENERAL
GSM 900 / 1800 / 1900 - K310i

GSM 850 / 1800 / 1900 - K310a
2006, February
Discontinued

SIZE
101 x 44 x 17 mm
82 g

DISPLAY
UBC, 65K colors
128 x 160 pixels, 1.74 inches

- Wallpapers, screensavers

SOUND
Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, AAC ringtones, composer
No

MEMORY
Yes, Photo call
30 received, dialed and missed calls
15 MB
No

DATA
Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
No
No
No
No
Yes
Yes

CAMERA
VGA, 640x480 pixels
Yes
No

FEATURES
SMS, MMS, Email, Instant Messaging
WAP 2.0/xHTML, HTML(NetFront)
No
Yes + downloadable
Shadow Blue, Misty Silver
No
Yes, MIDP 2.0

- MP3/AAC/MP4 player
- T9
- Picture editor
- Organizer
- Voice memo
- Exchangeable Style-Up covers

BATTERY

Standard battery, Li-Ion
Up to 360 h
Up to 6 h

MISC
http://st2.gsmarena.com/vv/price/pg2.gif


Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, agar yang lebih baik di masa nanti.


Hurmm… btw, about our 2011. I am just thinking that there might be such a big difference in everything next year. Well, as before, it should be changing in things for the sake of motivational, energy, ect. Perhaps not only me but all of us. Right? But remember to preserve what must be preserved,^^


Thanks for readingJ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails