Thursday, December 28, 2017

Di Waktu Itu

Di waktu itu.

Hujan renyai dan langit makin pudar
Seorang diri di bucu kedai
Gembira menanti dia datang
Yang disangka Berita gembira

Teh lemon dihirup pahit
Tiada lagi penyambung bicara
Tak perlu lagi ditanya
Cinta yang tidak wujud

Kerinduan dan kesedihan
yang masih belum terubat
Mungkin masa akan merawat
Mungkin masa ialah penentu

tiada takdir antara kita
Tubuh ini hanya mampu merancang
namun Dia yang menentukannya.
Kita hanya mampu berserah

-->
Kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya 

Wednesday, December 27, 2017

Kesabaran di Mesin CDM

Kesabaran di Mesin CDM


Soalan: Adakah anda seorang yang pandai bersabar? Ramai antara kita mungkin suka dan pandai bersabar dalam menghadapi satu-satu hal.  Mungkin juga tidak.  Banyak situasi yang menguji kesabaran kita.  Boleh juga diibaratkan ‘sabar’ itu seperti sedang beratur panjang dan menunggu giliran untuk menyelesaikan urusan di mesin CDM dan dalam pada masa yang sama memerhati orang yang sedang  berurusan di mesin tu tekan butang-butang nombor satu persatu.  Dari jauh melihat aksi menekan butang nombor “slow motion” dan orang belakangnya mula marah-marah.  Sampai giliran orang belakang tu, dia tekan satu dua butang dan terus keluar sambil cakap “bodoh punya mesin”.  Mungkin dia tidak jadi buat pembayaran.  Sampai giliran saya, rupa-rupanya mesin tu memang perlu tekan satu persatu.  Terpaksa kasi gigih juga jari ni siapkan payment sebab sudah berbaris panjang sejak tadi.  Terima kasih mesin, kerana menguji kesabaran kami pada hari ini.  Sekian.  

Saturday, June 3, 2017

Hidup Yang Indah

Beautiful Life (Crush) - Goblin ost _ Malay version translation

Its a beautiful life
Ku kan selalu di sisimu
Its a beautiful life
Di sini mendampingi mu
Hidup yang indah
Jika kita di bawah langit ini
Hanya bernafas sudah membuatku bahagia

Its a beautiful life
Beautiful day
Aku hidup dalam kenanganmu
Oh hidup yang indah
hari indah
Tetaplah kau di sisiku

Cintaku yang indah
Hatimu yang tulus
Its a beautiful life
Its a beautiful life

Hidup yang indah
Ku kan selalu melindungimu
Hidup yang indah
Bersandar dekat padaku
cinta yang indah
Air matamu, senyumanmu
Moga  kita bisa bersama-sama

Its a beautiful life
Beautiful day
Mencintaimu sepenuh hatiku
Hidup yang indah Hari indah
Tak ingin kehilanganmu
cintaku yang indah
hatimu yang tulus

Hidup yang indah
enanganK yang mengingatkan
kamu
Tetap denganku
Kenanganmu, memori bersamamu
Hidup yang duka
Tak bisa ku tempuh
 Hidup yang duka hari duka
Jangan lagi tinggalkan daku

Hidup yang duka hari duka

Tak bisa aku tempuhi 
Agar ku tak hanya, hidup di memori
Hidup yang indah




kepada yang sudah atau sedang layan drama korea ni, ini versi malay yg sy sempat rakamkan dengan aplikasi smule ^_^ versi enjoy2... thank you for listening,.

Tuesday, May 23, 2017

Langit Berbisik

Cinta datang
Di jendela langit

Cinta sejati
Kurnia Illahi

Cinta Abadi
Syurga menanti

Cinta mekar
Jiwa tenang

Jiwamu Jiwaku

Saturday, September 17, 2016

Meeting Someone

Setiap hari kita akan berjumpa dengan banyak orang.  Berinteraksi dengan ahli keluarga, rakan, jiran, atau dengan sesiapa saja yang kita mungkin kenal dan mungkin tidak kenal.  Pertemuan untuk suatu jangka masa yang lama atau sekejap.  Tapi percayalah setiap pertemuan itu membawa makna.  Sesuatu makna yang akan memberi kesan pada satu pihak atau semua pihak.  Misalnya, saya jumpa kamu... sama ada saya beri kesan, kamu yang beri kesan atau kedua-dua saling terkesan. Yang pasti, sesuatu yang baik telah datang daripadaNya.  

Sunday, September 11, 2016

Salam Aidil Adha

وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ جَعَلۡنَا مَنسَكًا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ ۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ وَٲحِدٌ فَلَهُ ۥۤ أَسۡلِمُواْ ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ
(Al-Haj, 34)
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami
syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
Quran Melayu- https://play.google.com/store/apps/details?id=com.QuranReading.quranmelayu
Sentiasa bersyukur, berterima kasih atas nikmat kurniaan yang diberi, insyaAllah lebih banyak kurniaan menanti. Amin.

Jom Sambung Belajar

Diploma, Ijazah, Master, Phd
Walau apapun, di mana pun peringkat pembelajaran kita. Hakikatnya, pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat. Belajar untuk jadi lebih baik dan dapat apa?
1. Ilmu yang baharu.
2. Pengalaman dan kenangan.
3. Hutang. (pinjaman belajar-perlu minimakan k)
4. Jaringan kenalan.
5. Jaringan sumber ilmuan.
6. Pahala (dari ilmu yang bermanfaat untuk hari kemudian)
7. "Nama dan jawatan" (tidak dinafikan, tapi bukan semua orang)
8. Kepuasan kendiri (bergantung pada matlamat hidup individu)
Doa saya supaya kita dapat dipermudah ke peringkat yang seterusnya k. Amin,

Buat baik, di balas baik

Secara sedar atau tidak, banyak perkara kita sudah buat.  Ada yang kita ingat, ada yang hanya berlalu begitu sahaja. Ada pula satu situasi, yang mungkin pada masa itu kita sedang dalam kecemasan atau terburu-buru untuk hal-hal tertentu, pada masa itu juga lah ada kemudahan. Contoh: Dapat bonus, dapat idea, dapat berita gembira, kena belanja kawan, dapat banyak parking kereta, dapat jalan raya tidak sesak, dan dapat bermacam-macam hal yang tidak disangka-sangka.  Hal yang bagi keselesaan, ketenangan. Alhamdulillah, Benda ni saya selalu teringat, selalu pesan pada diri sebagai balasan yang dijanjikan. Setiap benda baik yang kita buat akan dibalas. Mari kita beri kegembiraan, kemudahan dan yang baik-baik pada orang lain.  InsyaAllah yang terbaik juga untuk kita.  Mungkin bukan sekarang, hari ini, esok atau lusa, tapi Pasti.

Monday, February 8, 2016

ELLA MUSIC CLASS


Kena buat iklan secara berkala, sepanjang masa. Saya tolong letak dekat sini pula. Kerjaya adik saya sebagai guru piano sepenuh masa^^. Kalau ada yang berminat, sila datang singgah ke Ella Music Class, seperti alamat yang tertera d atas. kelas piano dan alat muzik lain di keningau.
ok, Happy CNY, Happy holiday semua,Terima kasih,

Wednesday, November 4, 2015

Car rental | Kereta sewa




Tumpang Iklan,

Need car rental service ?

Kota kinabalu or Keningau area.

contact: +60 19 - 8070 515 / +60 17 862 5025 

Perkhidmatan kereta sewa Sabah. Thank you 

Tuesday, October 20, 2015

Hingga Akhir Nanti?


Hingga Akhir Nanti 


Kita mungkin punya beratus, beribu bahkan berjuta kawan.  Namun yang pada akhirnya kekal bersama-sama ke akhir hayat dengan kita hanyalah keluarga kita.  Inilah hakikat pengakhiran garis hidup sebenarnya.  Jadi soalannya ialah yang mana satu? Kawan atau Keluarga? Sebenarnya tidak perlu dijadikan pilihan.  Tidak perlu memilih sebab kita belajar untuk hidup dengan kedua-duanya. TAPI jangan sampai melebihkan kawan dari keluarga.  Cuma itu sahaja yang penting.  




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails